Iklan Ditaja Oleh NUFFNANG

Friday, August 6, 2010

UTUSAN MALAYSIA 6 OGOS 2010

TM belum bercadang turunkan kadar langganan jalur lebar
06/08/2010 5:46pm
BALING 6 Ogos - Telekom Malaysia Bhd. (TM) akan mengkaji kadar bayaran langganan pakej jalur lebar dari masa ke semasa supaya perkhidmatan internet menjadi lebih murah bagi membolehkan lebih ramai pengguna di negara ini menikmati perkhidmatan itu.
Pengerusinya, Datuk Dr. Halim Shafie berkata, komitmen TM itu sejajar dengan matlamat kerajaan agar kadar penembusan Internet ke seluruh negara, khususnya di luar bandar meningkat kepada 75 peratus menjelang akhir 2015.
"Bagaimanapun, TM belum bercadang menurunkan kadar langganan jalur lebarnya dalam masa terdekat ke tahap lebih rendah memandangkan kos perkhidmatan dan penawaran oleh syarikat lain di pasaran masih pada tahap kompetetif.
Pakej jalur lebar Streamyx TM sebenarnya sudah murah. Ada pakej RM38 sebulan. Kadar ini sudah mampu untuk orang ramai melanggan jalur lebar berkelajuan 384 kbps,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau ditemui selepas majlis pelancaran program sekolah angkat Pintar TM oleh Pengarah Jabatan Pelajaran Kedah Shahidan Abdul Rahman di Sekolah Kebangsaan (SK) Tembak, Kuala Ketil, dekat sini.
Dr. Halim berkata, pengguna boleh mendapatkan perkhidmatan berkelajuan lebih tinggi dengan sedikit bayaran tambahan atau melanggan pakej khidmat jalur lebar berkelajuan tinggi (HSSB) pada kadar RM149 sebulan yang masih berpatutan.
"Orang selalu membandingkan kadar kita dengan Singapura. Kos kita berbeza kerana terpaksa menyediakan banyak infrastruktur dan membabitkan kos lebih tinggi terutama di kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman,” katanya. - Bernama

Monday, August 2, 2010

MAPS TO TMPOINT TAMAN U

MAPS TO TMPOINT TAMAN U

My Flickr:


Office In A Box-Basic RM 198

Office In A Box-Basic RM 198

IKLAN TERKINI OIAB JUNE 2011

IKLAN TERKINI OIAB JUNE 2011